Ikuti Kami

Jenis Fabrik Tudung Yang Hangat di Pasaran

Bercakap tentang tudung ni bahaya ya. Wanita sangat sensitif dan cerewet tentang penggayaan hijab mereka. Terutama sekali dalam pemilihan jenis fabrik tudung. Kalau tak kena dengan muka, ‘awning’ tak jadi memang ‘badmood’ la satu hari.

Jadi, kami akan kongsikan jenis fabrik yang sesuai agar wanita cantik di luar sana lebih peka tentang jenis fabrik yang sesuai untuk diri masing- masing.

 

jenis fabrik

4 Jenis Fabrik Tudung yang hangat di pasaran

1. Cotton Voile

Fabrik ini tidak pernah ketinggalan zaman. Ia berasal daripada serat kapas yang membolehkan kulit bernafas dengan baik. Kain kapas merupakan fabrik yang sangat sesuai dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia. Antara ciri-ciri lain untuk kain cotton adalah:

  • Mudah menyerap
  • Ringan
  • Tak boleh direndam lama ( merosakkan material )
  • Tidak mudah ronyok
  • Cepat Kering

2. Chiffon

Chiffon adalah sejenis fabrik yang ringan dan sedikit jarang. Fabrik ini boleh dicetak, disulam, bronzed, pleated, dan lain-lain. Chiffon adalah salah satu fabrik yang ideal untuk dijadikan tudung kerana ia tidak panas dan sesuai dengan cuaca di malaysia. Antara ciri-ciri lain untuk kain chiffon adalah:

  • Nipis
  • Tidak panas
  • Beralun
  • Mudah dibasuh
  • Tidak mudah ronyok

3. Premium satin

Premiun Satin ialah fabrik yang senang bentuk kerana kainnya sedikit keras berbanding chiffon. Sangat sesuai dijadikan shawl kerana mudah dibentuk dan ia tidak melekap di muka. Tetapi fabrik jenis ini tidak sesuai untuk dijadikan bawal.

  • Berkilat
  • Separa lembut
  • Tebal

4. Satin Silk

Kebiasaannya, tudung bawal daripada bahan ini dipakai ketika acara istimewa kerana sifatnya yang kelihatan mewah. Antara ciri-ciri lain untuk kain chiffon adalah:

  • Berkilat
  • Lembut
  • Tebal
  • Licin

Demikian serba sedikit perkongsian kami. Untuk sebarang pertanyaan tentang tudung anda boleh hubungi kami di 019-8129387 atau layari laman web kami kilangtudung.my

Jumpa lagi nanti.

Boleh kami bantu anda?

WhatsApp & Tempahan