Ikuti Kami

Penafian

Polisi Penafian dan Kerahsiaan

KilangBaju.com.my dimiliki dan diuruskan oleh MAFEYA SDN. BHD. (1282041-T) yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Pemilik laman web ini KilangJahit.my dan MAFEYA SDN. BHD. tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga. Kami juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda. Anda bersetuju untuk membenarkan kami menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut dari pelayar internet anda.

Waranti dan penggunaan Maklumat

Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda. Kami sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di blog ini di laman sesawang lain atau media tanpa kebenaran.

Penulisan Komen

Pemilik laman web ini berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada laman web ini tanpa notis termasuk:

  • Komen yang disifatkan sebagai spam
  • Komen tidak senonoh
  • Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
  • Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
  • Komen yang berbaur perkauman
  • Komen yang tidak ditulis dengan ejaan yang betul
  • Komen yang tidak difahami

Hak cipta Artikel, Maklumat dan Bahan

Semua hasil penulisan di laman web KilangJahit.my ini adalah hak milik pentadbir (Admin) dan penulis kecuali dinyatakan sebaliknya. Anda perlu mendapat kebenaran daripada pemilik laman web KilangJahit.my atau MAFEYA SDN. BHD. sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari KilangJahit.my dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.

Pihak kami sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. KilangBaju.com.my juga berhak mengubahsuai kandungan bersesuaian dengan kualiti yang dipraktiskan oleh pihak kami. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi kami dengan menggunakan halaman ini.

Logo & Visual

Logo dan beberapa visual di laman web ini adalah hak cipta oleh pemiliknya masing-masing. Mafeya Sdn Bhd tidak menuntut atau mengeluarkan hak cipta bagi pihak atau mewakili pemilik masing-masing. Maklumat yang terkandung di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini disediakan oleh Mafeya Sdn Bhd dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul sebanyak mungkin. Apabila anda melawati atau berinteraksi dengan tapak, perkhidmatan, aplikasi, alatan atau pemesejan kami, kami atau pembekal perkhidmatan kami yang diberi kuasa boleh menggunakan cookies, web beacons dan teknologi lain yang serupa untuk menyimpan maklumat untuk membantu memberikan anda pengalaman yang lebih baik, lebih pantas dan selamat dan untuk tujuan pengiklanan.

Facebook

Facebook™️ atau FB ialah tanda dagangan berdaftar Facebook.com. Tapak KilangJahit.my tidak bergabung dengan Facebook.com dalam apa cara sekalipun, mereka juga tidak menaja atau meluluskan mana-mana produk. Semua tanda dagangan yang disebut di sini adalah hak cipta oleh pemiliknya masing-masing.

Polisi penafian dan kerahsiaan ini dikemaskini dan sah pada 20 Mac 2023, ianya mungkin diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.

Boleh kami bantu anda?

WhatsApp & Tempahan